Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday 28 May 2011

Begitulah kehidupan...

Banyak juga kisah kehidupan dan kisah "rasa" yang aku sering paparkan "bunga-bunganya" pada status (wall) FB aku...tapi itu sekadar coretan ringkas untuk melihat maklum balas...kat Blog ini aku sekali lagi ingin mencoretkan lagi tentang kehidupan, rasa hati yang aku terjemahkan dari apa yang aku rasa, nampak dan alami....
          Semua orang dalam hidup ni kalau boleh mahu kan sesuatu yang hanya mengembirakan..Tentu sekali, seboleh mungkin mahu lari dari kisah-kisah duka....segala yang duka kalau boleh ingin dicampak jauh-jauh agar tidak tersua lagi....Tapi adakah ianya selalu berlaku?....mengelak macam mana sekalipun, suka dan duka tetap datang seiring walaupun pada waktu yang berbeza untuk menjadi latar kepada kehidupan yang ditempuh....
Mahu atau tidak, lari ataupun berlari, mengejar atau dikejar, dipaksa atau terpaksa.....persekitaran yang berlegar disekeliling kita itu lah yang banyak mencorakkan kisah duka mahupun jiwa lara.... sakit, menyakitkan, disakiti tentunya datang dari persekitaran kita yang banyaknya terdiri dari individu (manusia, insan)...dan tentu sekali kesakitan itu datangnya dari orang yang mengenali kita dan kita kenalinya. Tapi kadang-kadang ada juga rasa sakit hati datangnya dari mereka yang langsung tidak kita kenali, apa boleh buat, apa yang hati kita rasa kadang-kadang berada diluar kawalan kita sendiri.....
Maka, mari lah kita sama-sama pelihara rasa hati kita...kita hargai apa jua yang mengembirakan datang bertandang dalam kehidupan seharian kita dan campak lah jauh-jauh apa jua yang mendukacitakan.....Berdoa lah agar ketenangan yang menyumbang kepada kebahagiaan itu terus dipinjamkan oleh Allah kepada kita....Andai kata ada kemelut diperjalanan kehidupan, jangan risau.... andai ada syurga dihati kita! Amin.....

Wednesday 11 May 2011

.....Pelajar oh pelajar!

"Cikgu soalan apa yang keluar untuk periksa kali ni?, "Cikgu susah tak soalan?", "Cikgu kalau fail, cikgu rotan ke?" dan beberapa lagi soalan-soalan klise yang biasanya keluar dari mulut-mulut pelajar ku... Kadang-kadang rasa lucu, ada juga rasa menyampah malah terselit juga rasa kesian mendengar soalan-soalan yang tidak mengundang jawapan yang dikemukakan oleh mereka....
Sebagai pendidik yang mendidik anak bangsa sendiri, aku tentunya nak sangat mereka success, tapi dewasa ini, setiap kali peperiksaan, cikgu lebih risau dari murid.....Ada di antara pelajar kalau gagal sekalipun, mereka langsung tak rasa bersalah...malah dengan muka yang "penuh berseri" cakap "ala cikgu releks la...ni bukan SPM lagi, enjin belum panas, nanti SPM sure kami buat betul- betul punya"...So...what should i say?..... Aku ni mengajar Matematik, matapelajaran yang kaya dengan kemahiran, bila bercakap pasal kemahiran maka pelajar mesti kena buat ianya berulang-ulang kali (buat latihan laaa...), bukannya boleh tenung dan baca macam baca novel Lagenda Budak Setan yang tak berapa nak lagenda (yang lebihnya setan jeee...)! Matematik tak boleh buat last minute! Asas kena cekap baru lah boleh menguasai dan menyelesaikan soalan yang dikemukakan. Lagi satu, pelajar tak perlu nak "spot" tajuk apa yang keluar dalam exam, semua topik pun keluar dan sama saja saban tahun, cuma angkanya saja yang berbeza....tapi, my student tetap teguh dengan pendirian mereka Matematik susah! Dalam ramai-ramai yang dok cakap matematik tu susah, ada juga terselit 2-3 orang yang mampu menjawab dengan baik dan dengan slamber je boleh score A+. So, terbukti lah Matematik ni bukan lah satu matapelajaran yang terlalu susah, persepsi pelajar tu sendiri yang menjadikan ianya susah.... Kalau belajar bersungguh dengan kaedah yang betul, Matematik ni mampu jadi subject yang sangat enjoy untuk dipelajari...macam main teka-teki dan kira-kira yang sangat mengujakan.....namun, apakan daya, bila tiada kemahuan maka tiadalah jalannya....Sebagai cikgu, aku tentunya akan terus berusaha walaupun kadang-kadang dengan cara memaksa! Macam tajuk lagu melayu yang tangkap leleh "kau dipaksa, aku terpaksa".... Apa juga kerja tentulah hasil yang baik diharapkan...kalau patani, mestilah nak kan tanaman mereka subur dan segar, kalau cikgu, mesti lah nak kan pelajar mereka berjaya mendapat gred yang cemerlang dalam matapelajaran yang diajar...begitulah aku.....emmmmm begitulah harapan!....Usai zaman persekolahan, bila jumpa dengan bekas-bekas pelajar, once again, ayat-ayat klise versi ambil hati tersembur keluar dari mulut kebanyakkan mereka.."cikgu, rugi lah masa sekolah dulu tak belajar betul-betul Matematik dengan cikgu".....hahahaa....entah apa lah jawapan atau ulasan yang seharusnya aku ungkapkan pada mereka?.....nak je ku katakan pada mereka "ADA AKU KESAH!"....Tapi aku kan pendidik...tak sesuai jawapan ataupun ungkapan tu! Apapun dalam hati tetap berdoa agar hanya benda-benda yang terbaik saja yang hadir dalam kehidupan mereka...Mereka anak-anak didik aku, maka nya mereka itu adalah kenangan aku!

Monday 9 May 2011

Selamat Hari Ibu....

Mak aku tentunya tak baca penulisan aku ni.....Apapun Ingatan dan rasa cinta yang mendalam maka aku coretkan sesuatu buat insan tersayang...my mum dan juga buat semua insan yang bergelar ibu, mak, mama, bonda dan seerti dengannya....'Selamat Hari Ibu".....Ucapan keramat buat mu, wanita yang berjuang dan bertarung nyawa demi kehidupan insan lain.....insan yang mengenalkan aku erti kasih sayang dan rasa cinta..... Tidak dapat ku cari perkataan yang paling indah dan paling berharga bagi mengambarkan bertapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesarkan aku. kalau bercakap soal berkorban apa saja...harta ataupun nyawa...maka dari saat kelahiran aku mengenal dunia, maka pada saat ibu aku telah berkorban...Segala kudrat dan segala perhatian....
Ibu.....Kau lah segalanya....Ku panjatkan doa buat mu, semoga terus diberikan kesihatan dan umur yang panjang, mungkin tidak mampu untuk aku tunjukkan pada mu batapa aku sangat menghargai, menyanyangi dan mencintai mu...namun....dihati ku ada kamu....di hati ku juga sarat dengan rasa rindu! Semoga semua ibu-ibu akan dihargai dan dicintai seperti yang sepatutnya......Ibu...terima kasih untuk segalanya......Aku sayang kamu...semalam, hari ini, esok dan selamanya...semoga kelak, bertemu semula di syurga.....

Sunday 8 May 2011

Mencipta persepsi yang boleh mengaibkan...

Sejak beberapa minggu ni, kalau baca Berita Minggu (Berita Harian Ahad) kita disogok dengan kisah artis yang terlibat dengan hubungan songsang (sex sejenis/homoseks dll gelaran...)...Wartawan yang menulis tu terang-terangan menyebut nama artis terbabit....nak menampakkan sedikit "sopan" dan menjaga hati maka diletakkan tanda soal "?"....
Walau sebesar manapun simbol "?" diletakkan, ianya tidak membantu untuk menyekat persepsi dan pandangan serong masyarakat (pembaca) terhadap artis berkenaan....
Wartawan yang menulis tu kena ingat sikit, ini isu sensitif, melibatkan maruah diri dan nyata ianya boleh mengaibkan insan yang di tulis itu dalam tempoh yang panjang....aku bukan nak membela artis atau nak tegakkan benda yang salah...tapi persoalannya....ada bukti sahih ke??? yang membolehkan wartawan tu tulis nama artis tersebut dengan jelas dan nyata.... Lagi menghairankan SETIAP minggu isu-isu ini diutarakan...Nampak sangat Persepsi wartawan tersebut terhadap isu homoseks dan lesbian ni adalah isu yang boleh dijual...aduhhhhhh! sungguh tidak bijak! Selain itu aku dan pembaca lain beranggapan bertapa meriahnya "cinta sejenis" dalam industri hiburan tanahair....Memberi teguran tidak sama dengan menuduh...tapi cara wartawan tu tulis memang menuduh (wpun ada "?")......
Aku terpanggil untuk menulis isu ini kerana aku yakin sangat, pembaca (terutamanya orang melayu) mudah sangat melekat dalam fikiran mereka tentang sesuatu yang tidak baik.....persepsi mereka akan terus berubah walaupun mereka sendiri tidak pasti apa yang dibaca itu cerita benar atau sekadar gosip hiburan....
Baik....Beberapa tahun dulu, Sebelum Erma Fatima mengeluarkan kenyataan bahawa Ogy Ahmad Daud seorang yang "overacting", berapa ramai penonton yang beranggapan begitu? Jawapannya Tidak ada dan tidak pernah ada orang berkata, Ogy overacting...tapi selepas Erma mengeluarkan kenyataan begitu (wpun berdasarkan persepsi dan pandangan peribadinya sahaja), berduyun-duyun penonton filem melayu (ada diantaranya pemuja dan peminat Ogy) mengiakan bahawa ogy memang overacting! Nah! terbukti, persepsi, pandangan peribadi mahupun gosip, yang ditulis dan disiarkan kepada public mampu membawa "bahana"......Kasihan lah kalau mereka tidak seperti yang ditulis!....makanya....tulis lah apa yang kamu suka tapi ingatlah sekiranya ianya tidak benar maka kesukaan kamu itu membawa kecelakaan pada orang lain....dan.........emmmmm segalanya akan menjadi rumit!

Saturday 7 May 2011

Permulaannya...

Aku memilih untuk berjinak-jinak dengan penulisan dalam blog ni kerana aku rasa dengan adanya blog aku sendiri maka aku ada tempat untuk menyuarakan apa kata hati aku...apa yang aku rasa, apa yang aku nampak dan apa yang aku fikirkan.... Blog ini juga boleh jadi medium untuk aku melihat sesuatu isu itu dari sudut (kaca mata) orang lain....Mungkin sama dan mungkin juga berbeza....Manusiakan "rambut sama hitam tapi hati lain-lain".
Isu yang perlu ada dalam blog..."anything under the sun".....Hiburan, potitik, kisah masyarakat, kisah cinta, cerita lucu, cerita hantu, kisah sedih atau apa saja.........
Perbezaan pendapat sebenarnya warna pada pemikiran dan kehidupan itu sendiri.... maka aku sangat mengalu-alukan apa juga pendapat untuk melayang ke blog ni....tiada sebarang penilaian atau sentimen hati......mungkin saja untuk suka-suka tapi mungkin tersirat seribu satu erti disebaliknya....katakan saja!